Laman Web Rasmi Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands
 
 
| ENGLISH WEBSITE |
Anda berada di :: Laman Misi & Visi IAB
Friday, March 12, 2010
Laman Web Rasmi Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands
PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
- KOMPAS Online
- Manual Pengguna KOMPAS
- SPK Online
- Manual Pengguna SPK
- e-Adu



Hyper Rangkai
Capaian Emel Peserta Kursus
Quality ISO
RSS FEEDS
Laman Web Rasmi, Institut Aminuddin Baki, KPM Pengguna Atas Talian:
VISI , MISI DAN OBJEKTIF

MISI
Membangun keupayaan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti
Building educational leadership capacity for quality organization.

 

VISI
IAB sebagai pusat kepimpinan pendidikan yang terbilang.
IAB as a centre of distinction for educational leadership

 

NILAI PERKHIDMATAN( VALUES)

  • Integriti (Integrity) -Menghayati  integriti diri dan mempamerkan melalui pemikiran, amalan dan tindakan
  • Profesionalisme  (Profesionalism)-Memupuk budaya kerja yang berprofesional bagi merealisasikan mandat yang diamanahkan kepada InstitutPengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Negara,menerusi pengamal profesional latihan dan pembangunan (master trainer) kepimpinan dan pengurusan pendidikan
  • Budaya Permuafakatan (Team Work Culture) -Membentuk sinergi jalinan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman di kalangan warga IAB yang boleh menyumbangkan ke arah pembangunan dan pembaharuan organisasi pendidikan yang berprestasi tinggi.
  • Organisasi Pembelajaran (Learning Organisation)-Pembentukan budaya pembelajaran berterusan melalui mengwujudkan iklim tempat kerja yang boleh menjadi pemangkin ke arah peningkatan ketrampilan individu, pembelajaran kolaborasi, amalan terbaik ,perkongsian misi dan visi, serta aplikasi pendekatan sistem untuk penambahbaikan berterusan dan berfikiran terbuka memberikan idea, pandangan serta teguran bagi kemajuan organisasi dan negara.
  • Prestasi Tinggi (High Performance)-Membentuk budaya kerja yang berprestasi tinggi melalui tenaga kerja yang berkompeten dan berpotensi untuk menjana ilmu melalui usaha berterusan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan komitmen seiringan dengan perkembangan dalam bidang latihan dan pembangunan serta domain ilmu Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.

DASAR KUALITI

  • IAB komited untuk menyediakan program latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.
  • Adalah menjadi komitmen kami untuk memenuhi keperluan-keperluan sistem pengurusan kualiti dan meningkatkan keberkesanan secara berterusan.
  • Bagi memastikan tujuan ini, dasar kualiti beserta dengan objektifnya disemak semula semasa mesyuarat kajian semula pengurusan untuk memastikan
    kesesuaiannya yang berterusan.
  • Dasar kualiti ini disebar melalui media cetak dan taklimat pengurusan untuk difahami oleh keseluruhan anggota IAB.

 

MATLAMAT INSTITUT AMINUDDIN BAKI

  • Stakeholder dan pelanggan berpuas hati dengan  perkhidmatan teras yang ditawarkan
  • Barisan pengurusan dan kepimpinan organisasi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia
  • Warga kerja IAB yang sejahtera dan berkompetensi tinggi
  • Pengurusan kewangan dan sumber yang cekap, berhemat dan memberi pulangan nilai
    (value for money)

OBJEKTIF INSTITUT AMINUDDIN BAKI

  • Melaksanakan kursus yang telah didaftarkan
  • Menambahkan bilangan kursus untuk memenuhi kehendak pelanggan
  • Memastikan kursus-kursus yang ditawarkan memenuhi keperluan pelanggan berdasarkan KOMPAS
  • Melaksanakan program latihan /dasar KPM sebagaimana yang diarahkan
  • Meningkatkan kuantiti perkhidmatan teras yang lain
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan
  • Meningkatkan kualiti pengurusan organisasi
  • Meningkatkan kualiti pengurusan pelanggan
  • Meningkatkan kualiti tadbir urus latihan
  • Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam proses penyampaian perkhidmatan
  • Meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001-2000 IAB
  • Memantapkan pengurusan Pentaksiran
  • Meningkatkan kapasiti penerbitan dalam pengurusan dan kepimpinan
  • Memantapkan data driven inisiatif melalui penyelidikan & pembangunan
  • Latihan memenuhi keperluan stakeholder
  • Memasyhurkan IAB sebagai Premier Centre dalam ELM
  • Memperkasakan institusi pendidikan
  • Meningkatkan kompetensi staf
  • Meningkatkan tahap komitmen staf
  • Menyediakan infrastruktur yang lengkap, cukup, bersih dan berfungsi
  • Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
  • Memastikan pengurusan kewangan yang cekap, berhemat dan berkesan
  • Memperluaskan punca sumber kewangan (Broaden funding stream)
Terakhir dikemaskini :- 14 Julai 2009
Laman Web Rasmi Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands
 
dy>