Font Size

SCREEN

Layout

Menu Style

Cpanel

Laporan Lawatan Penandaarasan

Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kementerian Belia dan Sukan

Pada hari Isnin, 8 Julai 2013, satu rombongan daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kementerian Belia dan Sukan,  telah mengadakan lawatan penandaarasan Amalan 5S di premis IAB, Genting Highlands.  Rombongan diketuai Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IKBN Peretak, Puan Siti Muhariah Binti Untong, dan disertai oleh 24 orang staf institut berkenaan.  Mereka disambut oleh pihak pengurusan IAB yang diketuai oleh Timbalan Pendaftar, Puan Nor Asiah Ibrahim dan Ketua Jabatan Pengurusan Inovasi dan Standard Latihan, Encik Wan Ghazali Wan Din dan beberapa Ahli Jawatankuasa Kerja  Amalan 5S IAB.

Sesi dimulai dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Hamzah.

Puan Nor Asiah mengalu-alukan kehadiran rombongan dan memberikan sedikit taklimat berkaitan IAB kepada ahli rombongan.

Seterusnya, Puan Siti Muhariah mengucapkan terima kasih di atas kesudian IAB menerima rombongan dari IKBN Peretak sebagai tetamu.  Beliau kemudiannya menerangkan tentang IKBN Peretak dan tujuan lawatan penandaarasan ke IAB.  IKBN Peretak telah pun menerima sijil Amalan 5S sejak 2011, pertama oleh NPC, dan kemudiannya daripada MAMPU. Kehadiran mereka ke IAB adalah untuk bertukar-tukar idea dan pendapat bagi memperkemaskan lagi Amalan 5S di IKBN Peretak. IAB juga dijemput melawat IKBN Peretak untuk berkongsi pengalaman dan melebarkan jaringan demi kebaikan bersama.

Seterusnya video tentang IAB ditayangkan, diikuti oleh penerangan tentang Amalan 5S di IAB oleh Puan Aziah binti Adi, Penyelaras Amalan 5S IAB.  Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada anggota rombongan yang disampaikan oleh Puan Nor Asiah Binti Ibrahim.  Puan Siti Muhariah pula menyampaikan cenderamata daripada IKBN Peretak kepada IAB yang diterima oleh Puan Nor Asiah Binti Ibrahim.

Para anggota rombongan kemudian dibawa melawat beberapa premis sekitar IAB untuk melihat secara dekat Amalan 5S di sini oleh En. Wan Ghazali dan Ahli Jawatan Kuasa Amalan 5S IAB yang lain. 

Lawatan penandaarasan ini diakhiri dengan jamuan makan tenghari dan ahli rombongan  IKBN Peretak bertolak pulang pada jam 0130 petang.

 

Laporan disediakan oleh Yusof Bin Ismail (15 Julai 2013)

Tarikh Kemaskini

Kemaskini pada: 23/11/2014

Jumlah Pengunjung

Hubungi Kami

Jabatan Pengurusan Inovasi dan Standard Latihan (JPISL),
Pusat Pengurusan Organisasi (PPO),
Institut Aminuddin Baki,
Sri Layang,
69000 Genting Highlands,
Pahang.
03-61056321/6322(Pejabat Am PPO)
You are here: Laman Utama Penandaarasan Lawatan 2