INSTITUT AMINUDDIN BAKI,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  || Laman Web IAB || Laman Seminar Nasional || Kertas Kerja Seminar ||Brosur || || Pertanyaan ||
   
 

IMBASAN

Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan merupakan satu usaha berterusan untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Melalui seminar ini, pengurus pendidikan pada semua peringkat sistem pendidikan akan dapat berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pendapat bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pengalaman dalam menangani arus pendidikan yang semakin mencabar. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan yang
ke-16 pada 21 - 24 Julai 2009 di Auditorium Dato' Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands
. Pihak urusetia penganjur dengan hormatnya mempersilakan tuan/puan yang berminat untuk membentangkan kertas kerja atau sebagai peserta di dalam seminar ini.


PESERTA

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua pihak berkepentingan.


BAYARAN PENDAFTARAN

Bayaran pendaftaran sebanyak RM100.00 dikenakan kepada peserta. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Pesanan Tempatan / Bank Draf/ Kiriman Wang / Cek kepada:-

KETUA AKAUNTAN,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Akaun Affin Islamic Bank : 1054 9000 1323


SUB-TEMA
  • Kepengikutan Mapan Penggerak Kecemerlangan Organisasi
  • Pemilihan Pemimpin
  • Latihan Pemimpin
  • Kesediaan Pemimpin
  • Kepimpinan Pertengahan (Middle)
  • Kecelaruan Dalam Kepimpinan

OBJEKTIF
  1. Para Peserta dapat berkongsi pandangan tentang isu-isu pendidikan semasa hasil kajian dan penyelidikan mereka.
  2. Memperkasa dan memperkaya tubuh ilmu pengetahuan dan kepimpinan pendidikan peribumi
  3. Mengumpul dapatan-dapatan terkini dan kaedah menangani isu-isu semasa.

KERTAS KERJA

Mereka yang berminat untuk membentangkan kertas kerja di seminar ini dipelawa menghantar abstrak kertas kerja melalui borang penyertaan yang disediakan dalam laman web seminar ini. Abstrak kertas kerja boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Abstrak hendaklah ditaip menggunakan Microsoft Word 97 -2003 bertulisan Times Roman saiz 12 dan tidak melebihi 250 patah perkataan.

Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak : 30 APRIL 2009

Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja : 30 JUN 2009

Tarikh Tutup Permohonan
Pembentang : 30 APRIL 2009
Peserta : 30
JUN 2009


 
 
         



Pasukan Laman Web Seminar || Hubungi

Hakcipta Terpelihara © 2009 - INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Laman Web Rasmi, Institut Aminuddin Baki, KPM Pengguna Atas Talian: