Laman Kualiti IAB  
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 
line decor
  
Login Admin
line decor
 

 
 
KEPERLUAN DOKUMENTASI

Dokumen Am

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti adalah berasaskan kepada 4 peringkat dokumen iaitu:

• Manual Kualiti

• Prosedur Kualiti

• Arahan Kerja; dan

• Dokumen Sokongan

(a) Manual Kualiti -Manual Kualiti adalah dokumen yang mengandungi dasar dan objektif kualiti IAB serta penerangan ringkas mengenai Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) termasuk tatacara pematuhan seksyen-seksyen dalam Standard MS ISO 9001:2000.

(b) Prosedur Kualiti -Prosedur IAB adalah dokumen yang menggariskan tujuan dan turutan langkah dalam proses kerja bagi melaksanakan segala aktiviti pengurusan dan operasi SPK IAB.

(c) Arahan Kerja dan Panduan Arahan Kerja -adalah dokumen yang memperincikan langkah-langkah yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti. Arahan Kerja adalah dokumen kualiti yang menyokong dokumen Prosedur Kualiti tertentu. Arahan Kerja akan diwujudkan apabila perlu.

(d) Dokumen Sokongan- Dokumen sokongan adalah dokumen yang menyokong pelaksanaan sistem pengurusan kualiti seperti Surat Pekeliling, Arahan Perbendaharaan dan Garis Panduan.


 

Logo Moody International

 

Standards Malaysia

ISO

Ukas
             
Laman Kualiti, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2008 - INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA