Laman Web Rasmi Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands
 
 
| ENGLISH WEBSITE |
Anda berada di :: Laman Utama
Friday, September 3, 2010
Laman Web Rasmi Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands
PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
- KOMPAS Online
- Manual Pengguna KOMPAS
- SPK Online
- Manual Pengguna SPK
- e-Adu



Hyper Rangkai
Capaian Emel Peserta Kursus
Quality ISO
RSS FEEDS
Laman Web Rasmi, Institut Aminuddin Baki, KPM Pengguna Atas Talian:

PERNYATAAN PIAGAM PELANGGAN


IAB komited untuk memberi kepuasan kepada stakeholder berdasarkan piagam pelanggan seperti berikut dan akan memastikan:



  1. Melaksanakan sekurang-kurangnya 80% program latihan yang didaftarkan dalam dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan;

  2. Memastikan sekurang-kurangnya 95% peserta kursus berpuas hati dengan program latihan IAB;

  3. Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta yang mengikuti program latihan berpuas dengan pengendalian sesi latihan oleh Pensyarah IAB dan Pensyarah Jemputan;

  4. Memaklumkan pelanggan tentang kelulusan sesuatu kursus yang dipohon sekurang-kurangnya empat minggu (4) sebelum kursus bermula;

  5. Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu (1) hari sebelum kursus bermula;

  6. Menjalankan sekurang-kurangnya sembilan (9) penyelidikan dan pembangunan sistem maklumat setahun;

  7. Menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) penerbitan setahun ;

  8. Menjalankan sekurang-kurangnya enam (6) program konsultansi termasuk khidmat pasukan pemikir setahun;

  9. Menghasilkan indeks keperluan latihan dan pembangunan profesioanal pemimpin sekolah bagi setiap negeri setiap tahun ;

  10. Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta kursus berpuas hati dengan perkhidmatan sajian dan penginapan;

  11. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai 8.15 pagi hingga 4.45 petang;

  12. Memastikan semua staf IAB mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun;

  13. Memastikan maklum balas kepada semua pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai pengurusan perkhidmatan di IAB adalah menepati tempoh-tempoh berikut:

  • akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari
  • maklum balas awal dalam tempoh 15 hari
  • laporan status aduan dalam tempoh 5 minggu


[Sumber: Pelan Kecemerlangan IAB 2009 - 2011]

 


Terakhir dikemaskini :- 6 Julai 2009
Laman Web Rasmi Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands