Kejayaan dalam Program Konsultasi bergantung kepada mengadakan satu halatuju (roadmap)
yang jelas. Roadmap Konsultasi adalah untuk menyatakan bahawa program ini adalah satu
proses bukan satu peristiwa. Proses ini bermula dengan mewujudkan satu perhubungan antara Perunding Kanan
dengan klien iaitu pemimpin sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan atau Ketua Bidang /
Panitia. Program ini diakhiri dengan pencapaian objektif berdasarkan keperluan klien. Dalam konteks ini,
objektif-objektifnya adalah untuk melahirkan pemimpin sekolah yang berkualiti agar pengurusan sekolah dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan cemerlang. Jadi adalah mustahak bahawa fokus diberikan kepada kecemerlangan
dan kepimpinan peribadi serta kepimpinan profesional kerana kedua-dua dimensi tersebut akan mempengaruhi pengurusan
sekolah.
SASARAN PROGRAM KONSULTASI
Pengetua
Guru Besar
Penolong Kanan
Ketua Bidang / Panitia
Kaunselor
Penyelia Petang
KONSEP PROGRAM KONSULTASI
PEMIMPIN MEMIMPIN PEMIMPIN
Leaders leading leaders or leaders developing leaders.
:- Collarbone, 2006
MODEL KONSULTASI
The Five-step Coaching Model (Battley, 2006)
DEFINE (Identify coaching goals)
ASSESS (Obtain relevant data)
PLAN (Create a detailed plan)
ACT (Execute the plan)
REVIEW(Evaluate your results)
AKTIVITI PROGRAM KONSULTASI
Personal Coaching/Counseling atas permohonan PPD, Pengetua/Guru Besar sendiri mengenai :