PENGENALAN

Penyelidikan tindakan merupakan satu cara bagaimana sesuatu organisasi itu boleh dibangunkan. Malah dalam sesetengah hal ia merupakan satu pembangunan organisasi. Mengikut model Pendekatan Organisation and Development, seseorang pemimpin perlu mengenal dan menganalisa kekuatan dan kelemahan (anaylse, diagnose, plan, implement and evaluate) masalah dalaman organisasi yang dipimpin sebelum merancang sebarang aktiviti. Setiap pelaksanaan aktiviti perlu dinilai kesan dan impaknya disamping melihat sejauh manakah aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan memenuhi keperluan dan penyelesaian masalah dan seterusnya merancang penambahbaikan.
 
Maka, amatlah wajar penggemblengan usaha kolaboratif di kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan demi menjayakan matlamat dalam merealisasikan PIPP ini.
 
Pelaksanaan Kolokium Kajian Tindakan kali ini akan memberi peluang dan ruang kepada semua warga pendidik berkongsi idea dan pandangan tentang kejayaan dan kelemahan sebarang aktiviti kepimpinan di sekolah. Di samping itu, kolokium ini juga dapat membuka minda semua warga pendidikan untuk meneliti sejauh mana usaha-usaha yang telah dilakukan menepati matlamat yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, kolokium kali ini memberi kesempatan kepada warga pendidikan melakukan muhasabah yang bersifat inovatif terhadap semua program dan aktiviti yang dirancang berkaitan dengan kepimpinan di sekolah masing-masing.

TEMA

KAJIAN TINDAKAN PENGGERAK PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN YANG INOVATIF

TARIKH & TEMPAT

09 -14 Ogos 2009
Auditorium Dato' Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki, KPM

 

PESERTA

300 orang yang terdiri daripada;

  • Pengarah  JPN/ IPG
  • Pegawai KPM, JPN, PPD, Pengetua dan Guru Besar,  Pensyarah / Guru

KERTAS KERJA

Mereka yang berminat untuk membentangkan kertas kerja di kolokium ini dipelawa menghantar abstrak kertas kerja melalui borang penyertaan yang disediakan di dalam Laman Web Kolokium ini. Abstrak kertas kerja boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Abstrak hendaklah ditaip menggunakan Microsoft word 97 -2003 bertulisan Times Roman saiz 12 dan tidak melebihi 250 patah perkataan.

Sebanyak 10 buah kertas kerja akan dibentangkan di sepanjang kolokium ini.

Tarikh Akhir Abstrak: 13 Jun 2009

Tarikh Pemberitahuan Penerimaan Kertas Kerja: 21 Jun 2009

Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja: 30 Jun 2009

 

 


OBJEKTIF
 
       



Pasukan Laman Web Kolokium || Hubungi

Hakcipta Terpelihara © 2009 - INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Laman Web Rasmi, Institut Aminuddin Baki, KPM Pengguna Atas Talian: