KEMASUKAN PESERTA KURSUS NPQEL KOHORT 2/2009

Kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti Kursus NPQEL Kohort 2 /2009 dan telah menjalani sesi taksiran pada awal bulan Mei 2009 yang lalu.

Untuk makluman tuan/puan, calon-calon yang layak mengikuti kursus tersebut dijangka akan mendaftar diri di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, pada 1 Julai 2009 dan masa pendaftaran ialah 8.30 pagi.

Surat Tawaran kemasukan akan mula diedarkan pada 8 Jun 2009 yang akan datang. Justeru, calon-calon yang yang tidak menerima surat tawaran pada atau sebelum 1 Julai 2009 adalah dianggap CALON GAGAL.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Urus Setia Kursus NPQEL / PKPGB di talian 03-61056139 untuk maklumat lanjut.

Sekian, dimaklumkan