Soalan Lazim
Buka Panel: Laman Web SP-Q, SN, PrOD, Kolokium

Soalan –soalan Lazim

1. Apakah peranan IAB dalam sektor pendidikan?

Mandat KPM ialah IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM. Selain itu, IAB berperanan menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi maju mengikut acuan sendiri.

2. Apakah kursus-kursus utama yang ditawarkan oleh IAB?

KKPP

KKPP adalah nama singkatan bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan. KPPP diwujudkan bagi melatih pemimpin-pemimpin sekolah yang baru dilantik yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk memimpin serta melaksanakan fungsi pengurusan dan kepimpinan dalam organisasi sekolah.

 

NPQEL

NPQEL adalah nama singkatan bagi National Professional Qualification for Educational Leaders atau Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan. NPQEL adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki.

 

3. Siapakah yang boleh memohon kursus di IAB?

Pemimpin pendidikan seluruh Malaysia. Walau bagaimana pun, kursus-kursus ini ditawarkan mengikut kumpulan sasaran yang telah ditetapkan.

 

 4. Macam mana saya ingin memohon kursus di IAB?

Berikut merupakan cara-cara bagi memohon kursus di IAB:

  1. Kursus CPD (Continuous Professional Development) seperti Kursus Pengurusan Strategik dsb, permohonan hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi i-Permohonan (http://insyst.iab.edu.my)
  2. Kursus NPQEL, sila lawati laman web NPQEL (http://aplikasi.iab.edu.my/npqel).
  3. Kursus KKPP, permohonan adalah berdasarkan nama-nama calon yang diberikan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

 

5. Bagaimana saya ingin mengetahui sama ada permohonan kursus saya berjaya ataupun tidak?

Bagi kursus-kursus CPD dan KKPP, makluman status permohonan boleh dilihat melalui sistem i-Permohonan. Manakala bagi kursus NPQEL, makluman status permohonan boleh diperolehi melalui sistem Permohonan NPQEL.

 

6. Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan kursus di IAB?

Unit Penyelarasan Program, Pejabat Pendaftar, Institut Aminuddin Baki

(u.p: En Hazlan bin Ali ext: 6140 atau Pn Nik Marini Nik Abdull Malik ext: 6146)

 

 

 

7. Bolehkah organisasi luar memohon untuk mengadakan sebarang kursus/bengkel/mesyuarat di IAB?

Boleh. Permohonan boleh disalurkan kepada Pengarah IAB.

 

 

8. Bagaimana jika seseorang ingin berkhidmat di IAB?

Jawatan-jawatan pensyarah di IAB adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat Gred DG44,48, dan 52 yang hanya terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang telah sedia ada berkhidmat di institut-institut/sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan pengisian jawatan pensyarah IAB akan diiklankan dari masa ke masa melalui Portal Rasmi IAB (http://www.iab.edu.my) dan pemohon yang layak boleh memohon apabila iklan dikeluarkan.

 

9. Jika terdapat sebarang aduan, kepada siapakah yang perlu dilaporkan?

Sila salurkan aduan kepada sistem Aduan Pelanggan IAB (e-ADU). Sistem aduan ini merupakan saluran rasmi ke semua aduan IAB dan terdapat pegawai-pegawai yang akan mengambil tindakan terhadap aduan yang diberikan.

 

 

ggambargaudiogvideo

English Arabic French German Italian Portuguese Russian Spanish

Carian

Hubungi Kami

Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
TEL: 06-7979 200
FAKS: 06-7979 300
URL: http://www.iab.edu.my
E-MEL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

SUMBER INFORMASI

1malaysia mygov  kpm mscjpa  1govuc  eghrmis lhdnmampu  puspanita mescamoheduwebtvanm pnm  visit treasury

Tarikh Kemaskini

Kemaskini pada: 17/09/2014

Masa Capaian

Jumlah Pengunjung