Kerjasama Antarabangsa
Program Latihan
Pengetahuan, kemahiran dan sikap amat penting kepada pemimpin pendidikan untuk memimpin dan mengurus organisasi mereka dengan jayanya.
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (KKPP) ialah program latihan teras yang bertujuan melatih guru besar, pengetua dan pemimpin pendidikan (peserta antarabangsa dan tempatan). Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQEL) adalah satu-satunya program latihan untuk pelapis pemimpin pendidikan di Malaysia.
Kursus Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dan program-program latihan singkat lain boleh didapati sepanjang tahun. Semua program latihan bertujuan meningkatkan dan melahirkan sikap positif, memperoleh kemahiran dan pengetahuan profesional untuk kecemerlangan sesebuah organisasi.
Program Pengantarabangsaan (ITP) juga disediakan. Semua program direka dan dibangunkan mengikut International Organization Standardization (ISO).