Pejabat Pendaftar

LAMAN WEB SP-Q

Laman Web SP-Q merupakan Sistem Pengurusan Kualiti IAB yang mengandungi semua perkara berkaitan kualiti, dokumen dan yang berkenaan.

 

LAMAN WEB SEMINAR NASIONAL

Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan adalah usaha berterusan KPM untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.

 

LAMAN WEB PrOD

Program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah adalah model pembangunan kepimpinan sekolah IAB yang membangunkan kepimpinan sekolah sesuai dengan pekerjaan harian mereka.

 

LAMAN WEB KOLOKIUM TERINTANG

Kolokium Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Terintang bermatlamat untuk membangun watak pengurusan dan kepimpinan Sekolah Terintang.

 

Buka Panel: Laman Web SP-Q, SN, PrOD, Kolokium

Terkini

Jabatan Pendaftar

Jabatan Pendaftar dipimpin oleh Pegawai Tadbir Diplomatik Kanan dan mempunyai lima (5) unit yang terdiri daripada:-

  1. UNIT PENYELARASAN PROGRAM
  2. UNIT PENTADBIRAN & PERKHIDMATAN
  3. UNIT KEWANGAN & AKAUN
  4. UNIT PENGURUSAN DOMESTIK
  5. UNIT PEMBANGUNAN

 

Unit Penyelarasan Program

Fungsi

  1. Menyediakan senarai kursus yang telah diperakukan dan Lembaga Pengurusan Dasar Pengajian.
  2. Menetapkan jadual waktu, takwim tahunan bagi kursus yang dilaksanakan.
  3. Menyusun dan menetapkan jadual penggunaan bilik-bilik kuliah.
  4. Memantau rekod peserta yang telah menghadiri kursus untuk diselaraskan dengan Jabatan Pelajaran dan Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.
  5. Menyimpan laporan kursus dan menyediakan laporan bulanan dan tahunan.
  6. Mengawal, mengendali, menyedia dan mengeluarkan sijil kepada semua peserta kursus-kursus IAB yang layak.

Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan

Fungsi

  1. Mengurus dan mengelola hal ehwal perkhidmatan dan perjawatan semua personel IAB.
  2. Menguruskan laporan-laporan perubahan personel IAB.
  3. Merekodkan dan menyenggara buku perkhidmatan.
  4. Menyimpan dan menyenggara rekod-rekod cuti.
  5. Menguruskan pengisian jawatan.
  6. Urusan kenaikan pangkat staf.
  7. Urusan pertukaran staf.
  8. Pengesahan dalam jawatan dan urusan kemasukan ke jawatan berpencen.
  9. Semua urusan persaraan dan pencen staf.
  10. Perancangan kerja dan prestasi tahunan staf
  11. Menyimpan dan menyenggara rekod dan fail ikhtisas dan sokongan.
  12. Menyenggara dan mengendali sistem maklumat staf berkomputer.
  13. Menyelaras projek pembangunan IAB melalui KPM dan agensi lain seperti Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain.

Unit Kewangan dan Akaun

Fungsi

  1. Penyediaan anggaran belanja mengurus dan pembangunan.
  2. Menyedia dan menyelaras belanjawan untuk IAB Induk dan cawangan-cawangannya.
  3. Menyelaras pengagihan peruntukan kewangan untuk IAB induk dan cawangannya.
  4. Memproses baucer-baucer tuntutan untuk staf.
  5. Menguruskan semua tuntutan dan pembayaran.
  6. Merancang dan melaksanakan perolehan bekalan pejabat, inventori, harta modal dan alat-alat ganti.
  7. Melaksanakan kerja-kerja pengurusan stor, pelupusan dan yang berkaitan.
  8. Merancang dan membuat pembelian kenderaan kegunaan IAB dan semua cawangannya.
  9. Menyediakan laporan perbelanjaan bulanan dan tahunan mengikut vot IAB dan semua cawangannya.

Unit Pengurusan Domestik

Fungsi

  1. Menyelaras supaya penggunaan bilik asrama digunakan dengan optimum.
  2. Menentukan penyediaan makanan di asrama bermutu dan memenuhi tuntutan dalam kontrak.
  3. Menyediakan suasana yang kondusif dan selesa untuk kegiatan di luar bilik kepada peserta kursus.
  4. Menggunakan data maklumat diri peserta kursus ke asrama.

Unit Pembangunan

Fungsi

  1. Merancang dan mengendalikan program-program pembangunan di IAB.
  2. Mewujudkan kerjasama dengan institusi dalam KPM yang terlibat dalam program pembangunan.
  3. Menyediakan ringkasan projek bagi setiap program pembangunan yang dirancang.
  4. Menyediakan anggaran belanja projek pembangunan yang akan dijalankan.
  5. Memantau dan menyelia pelaksanaan program pembangunan yang sama.

English Arabic French German Italian Malay Portuguese Russian Spanish

Hubungi Kami

Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
TEL: 06-7979 200
FAKS: 06-7979 300
URL: http://www.iab.edu.my
E-MEL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Carian

          

Tarikh Kemaskini

Kemaskini pada: 21/08/2014

Masa Capaian

Jumlah Pengunjung