Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, menawarkan beberapa jawatan kosong bagi pegawai-pegawai pendidikan. Berikut adalah maklumat-maklumat jawatan yang memerlukan pengisian..
A. Pensyarah Kanan (PPPS DG52)
-
Berada di Gred PPP Siswazah DG48;
-
Memiliki Ijazah Sarjana / Ph.D dalam Bidang Pengurusan Pendidikan atau Pengurusan Umum;
-
Mempunyai pengalaman Pengurusan / Pentadbiran sama ada di Sekolah, PPD / PPG, Institut Pendidikan Guru, Bahagian Matrikulasi, Jabatan Pendidikan Negeri atau di Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.
-
PPP Siswazah Gred DG48 yang diluluskan kenaikan pangkat secara Time-Based pada tahun 2007 dan 2008, dibenarkan memohon jawatan Pensyarah Kanan (Memangku DG52) di Institut Aminuddin Baki,
B. Pensyarah Kanan (PPPS DG48)
-
Berada di Gred PPP Siswazah DG44;
-
Memiliki Ijazah Sarjana / Ph.D dalam Bidang Pengurusan Pendidikan,Penilaian da penyelidikan Pendidikan atau bidang-bidang yang berkaitan;
-
Mempunyai pengalaman Pengurusan / Pentadbiran sama ada di Sekolah, PPD / PPG, Institut Pendidikan Guru, Bahagian Matrikulasi, Jabatan Pendidikan Negeri atau di Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.
B. Pensyarah Kanan (PPPS DG44)
-
Berada di Gred PPP Siswazah DG41 selama 5 tahun;
-
Memiliki Ijazah Sarjana / Ph.D dalam Bidang Pengurusan Pendidikan,Penilaian da penyelidikan Pendidikan atau bidang-bidang yang berkaitan;
-
PPP Siswazah Gred DG41 yang tempoh perkhidmatan telah melebihi 3 tahun,dibenarkan memohon jawatan Pensyarah (Memangku DG44) di Institut Aminuddin Baki
-
Mempunyai pengalaman Pengurusan / Pentadbiran sama ada di Sekolah, PPD / PPG, Institut Pendidikan Guru, Bahagian Matrikulasi, Jabatan Pendidikan Negeri atau di Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.
B. Pegawai Pembangunan (PPPS DG44)
-
Berada di Gred PPP Siswazah DG41 selama 5 tahun;
-
Memiliki Ijazah Sarjana / Ph.D dalam Bidang Pengurusan. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah dalam Bidang Kejuruteraan / Pembangunan atau bidang-bidang berkaitan;
-
Mempunyai pengalaman Pengurusan / Pentadbiran sama ada di Sekolah, PPD / PPG, Institut Pendidikan Guru, Bahagian Matrikulasi, Jabatan Pendidikan Negeri atau di Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.
** Sila Kemukakan permohonan anda kepada :-
Pendaftar
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sri Layang, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur
|