|
-->Kedudukan
Institut Aminuddin Baki terletak lebih kurang 1000 meter dari paras laut dengan suhu
18°C - 20°C dan terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur.
Kampus Induk IAB di Sri Layang, Pahang Darul Makmur, terletak di atas tapak seluas 48.6 hektar dan mula beroperasi sejak Mei, 1985.
-->Kemudahan
IAB mempunyai kemudahan latihan seperti :
- -->Bilik Kuliah
- 3 buah untuk 50 – 70 peserta
- 12 buah untuk 30 – 40 peserta
- Auditorium untuk 500 orang
- Dewan Kuliah Besar yang boleh memuatkan seramai 400 orang peserta.
- Dewan Besar Serbaguna untuk seramai 600 orang peserta.
- Bilik Persidangan Antarabangsa untuk 80 orang peserta.
- Pusat Sumber dan Bilik Penerbitan untuk latihan.
- Alat media dalam bentuk perkakasan dan perisian juga disediakan untuk perkembangan proses latihan.
- Tiga buah makmal komputer.
-->Penginapan
Semua peserta akan ditempatkan di kompleks asrama 4 tingkat yang mempunyai 400 bilik bujang berkembar dan Asrama Eksekutif 100 bilik lengkap dengan bantal, tilam, cadar, selimut dan termos air panas. Peserta-peserta perlu membawa pakaian , selipar dan keperluan harian.
Sebuah dewan makan yang boleh memuatkan 500 orang disediakan. Makanan pula disediakan secara layan diri.
Sebuah Balai Islam yang boleh memuatkan 400 jemaah juga disediakan untuk kemudahan beribadah.
Untuk keselesaan peserta, di setiap aras disediakan ruang rehat yang dilengkapi dengan kerusi meja dan televisyen.
Sebuah kedai mini dan kantin juga disediakan untuk kemudahan peserta membeli barang-barang keperluan.
-->Rekreasi
IAB menyediakan pelbagai kemudahan tempat rekreasi seperti padang bola, gelangganng sepak takraw, badminton, tenis, bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan skuasy. Kawasan ini juga sesuai untuk jogging.
Sebuah gimnasium juga disediakan dan dibuka setiap hari dari 5 petang hingga 7 malam.
Pengangkutan
Pengangkutan awam dari Kuala Lumpur :
Bas Ekspres dari Perhentian Pudu Raya Kuala Lumpur ke Genting Highlands – RM 6.80 seorang (berhawa dingin).
Bas Ekspres KL Sentral ke Genting Highlands – RM 6.80
Bas Ekspres Terminal Putra Gombak ke Genting Highlands – RM 6.80
Bas dari Jalan Tun Abdul Razak (Terminal Pekeliling) Kuala Lumpur ke IAB – RM 4.40
Teksi dari Perhentian Puduraya dan Jalan Tun Abdul Razak
Kuala Lumpur ke IAB – RM 18.00 seorang untuk satu tempat duduk
-->Perhubungan
|
IAB INDUK |
IAB UTARA |
No.Telefon |
03-61056100 |
04-9175011 |
No.Faks |
03-61056299 |
04-9161243 |
Pejabat Pos dan bank (Malayan Banking Bhd) terdapat di Hotel Genting iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dengan bas dari IAB.
Terdapat sebuah klinik swasta di Gohtong Jaya. Manakala klinik kerajaan yang paling dekat sekali pula terletak Batang Kali, Gombak dan Bentong. Walaubagaimanapun, terdapat kemudahan rawatan perubatan bergerak di asrama IAB yang disediakan oleh pihak hospital daerah Bentong . Sepasukan petugas yang diketuai oleh seorang doktor akan membuat pemeriksaan dan rawatan setiap dua minggu sekali iaitu pada Khamis minggu yang kedua bermula bermula jam 11.00 pagi dan ke atas. Jadual lawatan secara spesifik boleh didapati daripada Unit Penyelarasan Kursus dan Asrama.
|