Institut Aminuddin Baki atau dikenali sebagai IAB merupakan sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM.
IAB menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi maju mengikut acuan sendiri.
Membangun keupayaan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti.
Building educational leadership capacity for quality organization.
VISI IAB
IAB sebagai pusat kepimpinan pendidikan yang terbilang.
IAB as a centre of distinction for educational leadership.
Kursus “Leadership And Management Trainning (LMT)” Di Bawah Program Malaysia-Australia Education Program For Afghanistan (Maepa) III 2012 Kohort 1 pada 27 Februari 2012 hingga 25 Mac 2012 dan Kohort 2 pada 24 April 2012 hingga 25 Mei 2012.
Maklumat Lanjut
Tahniah atas pelantikan Dr. Amin Senin sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan. Warga IAB merakamkan tahniah dan selamat maju jaya kepada YBhg. Tuan Pengarah atas pelantikan tersebut dan iringan doa semoga YBhg. Tuan Pengarah bertambah cemerlang dalam melaksanakan tugas jawatan Pengurusan Tertinggi KPM tersebut.
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan adalah usaha berterusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 Tahun 2012 akan dijalankan di Institut Aminuddin Baki.
Maklumat Lanjut